Pages

Wednesday, April 20, 2011

KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD

SOLAT TAHAJUD - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untukmemungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain. Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.
 
Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning. Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )


IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.
Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.
Wallahu'alam.

 

ETIKA NIAT
Salah satu harapan besar bagi seorang Muslim adalah agar amalannya diterima oleh Allah SWT. Menjadi satu kerugian apabila Allah SWT tidak berkenan dan menerima akan amalannya, sehingga pelakunya tidak boleh menikmati syurga. Sebuah ungkapan ada menyatakan, "Setiap hamba diberi kekuatan untuk beribadah, tapi tidak semua ibadah itu diberi 'kekuatan' untuk diterima oleh Allah SWT" Salah satu kunci diterimanya segala amalan itu adalah dengan niat yang benar dan ikhlas.
Penentu nilai dan kualiti ibadah
Memahami bahawa niat adalah penentu nilai dan kualiti ibadah di sisi Allah SWT. Ia pembeza antara ibadah dan kebiasaan (tradisi), bahkan merupakan pembeza antara satu ibadah dengan ibadah lainnya. Imam Ibnu Rajab al-Hambali menjelaskan, "Salah satu makna niat adalah 'tamyiz', pembeza antara satu ibadah dengan ibadah lainnya." (Jami'al-Ulum wa al-Hikam)
Hanya untuk mendapatkan reda Allah SWT
Sentiasa berniat hanya untuk mendapatkan reda Allah SWT dan tidak mempersembahkannya untuk selain-Nya. Dalam kitab Al Waabil al Shayyibu min al-kalam at Tayyibi, Imam lbnul Qayyim ada menyatakan, "Amalan seorang hamba akan dipaparkan di hadapan Allah SWT sehingga Dia mendapati niat hamba tersebut hanya untuk-Nya. Jika demikian, Dia meredai amalannya dan menerimanya."
Keinginan Kuat untuk Melaksanakan
Niat yang baik akan mendapatkan satu pahala. Namun, sekadar berniat sahaja tidaklah cukup, tetapi ia perlu disertai dengan keinginan yang kuat untuk mewujudkan niat tersebut. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Barang siapa yang berniat melakukan sebuah kebaikan namun tidak merealisasikannya, maka baginya satu pahala, dan jika diwujudkan maka dia akan mendapatkan sepuluh hingga tujuh ratus kali lipat pahala, bahkan gandaan yang tidak terhingga." (Muttafaq 'alaih)
Tidak Meremehkan Niat yang Buruk
Niat yang buruk akan mendatangkan dosa kepada pemiliknya. Rasulullah s.a.w bersabda, "...membunuh dan yang dibunuh akan masuk neraka." Para sahabat bertanya, "Kami fahami untuk yang membunuh,
lalu mengapa pula yang dibunuh juga masuk neraka?" Nabi s.a.w menjawab, "Kerana dia sangat ingin (berniat) membunuh saudaranya itu." (Muttafaq a'alaih)
Ikhlas dan Berterusan
Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kekuatan untuk mendapat ikhlas dalam niatnya dan berterusan menjaga keikhlasan itu. Dalam Sahih Tirmidzi diriwayatkan, "Doa yang paling kerap dipanjatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah: 'Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami dalam agamamu." Ini kerana, hati setiap manusia itu berada di hujung 'jari' Allah SWT yang mudah diputar balik oleh Nya (Mushannaf ibnu Abi Syaibah).
Beristighfar apabila Riak
Segera beristighfar sekiranya niat anda itu punyai unsur riak atau bukan kerana Allah SWT. Hal ini perlu dihindari kerana ia akan melahirkan amalan-amalan yang sia-sia belaka, Umar bin Khathab meriwayatkan dari Nabi s.a.w, ".... Barang siapa yang berhijrah kerana tujuan dunia atau untuk mendapatkan wanita idamannya, maka nilai penghijrahannya itu bergantung dari niatnya." (Muttafaq'alaih).
Dalam kitab Fathul Qawiy al-Matin diisyaratkan bahawa Allah SWT sangat merendahkan amalan yang diniatkan bukan untuk-Nya.
Memberi Contoh
Apabila perbuatannya itu perlu dilakukan di hadapan orang lain, maka berniatlah, ia hanya bertujuan untuk memberi contoh kebaikan agar diikuti oleh orang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barang siapa yang memberi contoh kebaikan, lalu diikuti oleh orang lain, maka baginya pahala dan tambahan sebesar pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala orang yang menglkutinya."
Wallahu a'lam.

Ihsan : Gwiyeoun Oli
           Group Tadarus Al-Qur'an - Harian FB

Saturday, April 2, 2011

Wasiat Nabi Untuk Wanita

Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , “Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini.”

Intisari wasiat Rasulullah s.a.w. tersebut dirumuskan seperti berikut. Hai Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagaian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu:

Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapai kesakitan (kesusahan). Apabila dibalakan, mereka tidak bersabar.

Tidak memuji Allah s.w.t. di atas kemurahan Nya (mensyukuri nikmat), atau dalam erti kata lain mengkufuri nikmat.

Membanyakkan kata-kata yang sia-sia. Wahai Aisyah, ketahuilah bahawa:

1.Wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala akan amalannya.
2.Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya 70 hasta dan dibelitkan di tengkuknya.
3.Isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhya pada hari kiamat.
4.Isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya (yang halal/harus) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhianati suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.
5.Wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya.
6.Wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari sesiapa pun.
7.Wanita yang berzina akan diderakan dia di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat dan tiap-tiap perbuatan zina dengan 80 cemeti daripada api.
8.Isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.
9.Isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.
10.Wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah s.w.t.)
Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Insyaallah..

Sumber: Group Tadarus Al-Qur'an dalam FB
Oleh: Gwiyeoun Oli
Beli online www.stormreaders.net/rakanusrahstorms atau call/sms Puan SITI 013-305 6632 



Thursday, March 10, 2011

Peluang biz baru dalam HR Markerting

KENALI HR MARKETING

Profil syarikat:

1.Syarikat yang kukuh, telah beroperasi selama 10 tahun
2.Pelan pemasaran yang mudah dan menarik
3.Menyediakan sistem latihan dan bantuan aktiviti
4. Bonus serta ganjaran menarik dan mampu dicapai
5.Menyediakan kemudahan sistem online
6. Mempunyai kilang sendiri bertaraf GMP
7. Memenangi anugerah industri komiditi pada tahun 2007
8.Peneraju dalam menghasilkan produk berasaskan susu kambing
9.Komited kepada pengeluaran produk BERSIH, SUCI dan HALAL
10. Syarikat berlesen dan milik penuh Bumiputera
11.Produk mempunyai liabiliti insuran sebanyak 1 juta USD
12.Boleh diwarisi


Keistimewaan Pelan Pemasaran HR Marketing

1.  Keahlian seumur hidup
2. Nilai PV tinggi
3. Maintain 60PV sahaja, layak menerima bonus
4. Naik pangkat dengan kaedah timbunan
5. Jumlah ganjaran 84%
6. Insentif Rm1000 dengan kenaikan pangkat
7. Tabung pelancongan
8. Khairat kematian sebanyak Rm30,000
9. Sijil simpanan premium
10.  Boleh diwarisi
Maklumat lanjut daftar PERCUMA di www.jutawanhr2u.com/rakanusrah

Thursday, February 24, 2011

CATATAN HATI DI HARIJADI

Asssalamualaikum wbt.

Sudah lama tidak menjengok blog kesayanganku ini lantaran kesibukan menyiapkan diri buat mendidik anak bangsaku mengenal jati diri dan punya visi dan misi guna membela suka duka ibu ayah yang melahirkan.

Hari ini...Alhamdulillah....kesempatan usia yang Allah panjangkan pun hakikatnya semakin pendek, memberi sedikit ruang waktu untukku muhasabah diri mensyukuri nikmat Allah yang tak terhitung disamping mengaminkan doa dan ucapan  hari ulangtahun kelahiranku, aku tersentuh dengan catatan penulis kesayanganku Ust Pahrol Mohd Juoi yang bukunya Nota hati Seorang Lelaki ku habiskan bacaan dalam sehari.

Catatan hati diharijadi ustaz yang ku sedut dari blog beliau http://genta-rasa.com/ adalah catatan hati kita semua yang saban tahun masih diizinkan Allah untuk menyambut ulangtahun kelahiran kita. 

Hayatilah catatn beliau sebagai hadiah buat harijadi kita !


CATATAN HATI DI HARI JADI
Entah kenapa, di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali. Ucapan tahniah dan hadiah yang melimpah, tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah. Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali:
“Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.”
Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu.

Teringat pula kata Imam Ghazali:
“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”Ya, esok (20 Mei ) ulang tahun kelahiranku. Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjangg umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?
Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.
Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:
“Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi.”
Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.
Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.
Buat sahabat, teman dan kenalan… terimakasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya terimalah secebis kata ini, (mungkin inipunmasih dari terowong jiwaku yang gelap gelita.)…

“Marilah kita hidup…
seperti orang yang menanti mati
kerana ingat mati itu…
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiranya inilah detik terakhir
marilah kita mulakan semula
walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma…
itu lebih bermakna!”
Ah, kata pujangga, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. Ah, teringat ungkapan dalam bahasa Inggeris yang pernah menjadi hiasan meja sewaktu belajar dahulu:
“In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning… “
Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah!

Terima kasih Ustaz.

Saturday, January 15, 2011


Panjang angan-angan dan hawa nafsu

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: “Hati orang tua sentiasa muda dalam dua keadaan. Dalam keadaan kasihkan dunia dan dalam keadaan panjang angan-angan.” (Bukhari dan Muslim)

Panjang cita-cita tidak mengapa misalnya bercita-cita ingin membina kebaikan atau ciptaan bermenafaat ccontohnya seperti kapalterbang agar dapat memajukan umat Islam, yang dilarang ialah panjang angan-angan yang tidak kesudahan.

Dari Jabir r.a., Nabi s.a.w, bersabda: “Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku bimbangkan terhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang angan-angan, kerana hawa nafsu itu menghalang daripada menerima kebenaran dan panjang angan-angan pula melengahkan amalan akhirat. Dan ingatlah dunia ini pada setiap saatnya berjalan pergi, dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan datang, sedang tiap-tiap satunya ada orang yang kasih dan setia kepadanya: Oleh itu kalau kamu dapat menahan diri daripada menjadi orang-orang yang kasih dan setia kepada dunia maka buatlah, kerana kamu pada hari ini berada di kampung yang ada padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab dan kamu pada hari esok akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tidak ada peluang bagi sebarang amal.”(Al-Baihaqi)
 
Koleksi : Cikgu Hadzrin Suleiman

Monday, January 3, 2011

11 Formula Kejayaan!

by Khairul Anam on Saturday, January 1, 2011 at 1:24pm 

1:  Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.


Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.


Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.


Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.


2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”


Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!


Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.


Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.


Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!


Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.


3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.


Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.


Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!


4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.


Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.


5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.


Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.


Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.




6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?


Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!


Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.


7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.


Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.


Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.


8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.


Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?


Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua  yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.



9: Perancangan
Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”


Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.


Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?


Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.


Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.


10: Bina gambaran
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.


Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.


Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!


11: Janji pada diri sendiri…
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekiranya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.


Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.


Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!


Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.


Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.


Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

oleh: Irfan Khairi
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Sunday, January 2, 2011

Merancang Mati untuk Hidup

by Eva Md Salleh on Saturday, January 1, 2011 at 11:17pm



Bismillah. Today wishes of happiness, good fortune, blessings rang throughout the air everywhere from the strike of midnight. To Malaysians the winning of the coveted Suzuki Cup just made the New Year celebrations even sweeter and more memorable. My boys were totally oblivious to the fireworks nor countdown.... . And so was I...I was already content in slumber by 11pm. Today my family attended 2 weddings which looked "auspicious" on the invitation card ....1-1-11. [I can imagine 11th January, 1st November & 11th November will be equally popular as well....and surely the hotels and any Chinese restaurant or Dewan Orangramai's can charge a higher fee for the much-sought-after dates.]



However, in the merry-making happening in Malaysia (and the rest of the world), the news of the death of a 32-year old actor sort of tainted the merry-making. Not really that famous but nonetheless, I recalled his acting skills on the few dramas he's appeared in after news about his death was flashed on National TV news. Total disbelief. Heart failure? For one who was active in sports? Known to be a funny & fun-loving person? But alas....Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun. It was his time to return to his Creator. Al-Fatihah.

When I saw the excessive celebration all around the world capitals, fireworks (which costs millions of dollars that could probably feed an entire African country for a month), toot-tooting, blaring, drinking, dancing, and maybe a whole longer list of 'un-healthy' hedonistic so-called fun-stuff, I just thought of the lessons, reminder, or maybe little 'warning' Al-Mumiit is giving us and will give us soon....(not that I'm hoping bad things will happen to us...nauzubillah).


This short story about death in life (also from Ust Pahrol in Nota Seorang Lelaki) shares simple tips on planning death to live. How to live the permanent  l-i-f-e  in the hereafter.



@>---@>---@>---@>---@>---@>---@>---@>---@>---@>---@>---


"Cuba teka apakah bendanya..." suara ustaz dalam siaran radio itu jelas kedengaran. Sejak tadi hati & fikiran saya tertumpu pada buah bicaranya. Mudah, lunak dan menyentuh.
"Orang yang buat tak mau pakai. Orang yang beli pun tak mau pakai. Tetapi orang yg pakai, tak sedar dia memakainya," sambung ustaz itu tenang.


Walaupun tangan saya ligat memutar stereng, tetapi kepala juga "ligat" berfikir mencari jawapan kepada teka-teki yang diajukan oleh ustaz tersebut. Secara automatik, saya membesarkan "volume" radio di kereta. Puas saya fikirkan, tapi belum ada jawapan.

"Ha, mudah saja. Keranda!"

Begitu jawapan ustaz tersebut setelah beberapa lama dia memberi masa untuk pendengar mencari jawapannya. Saya terdiam.

"Pembuat keranda tidak mau memakainya. Begitu juga yg membelinya. Manakala si mati tidak sedar yg dia telah memakainya."Saya termenung. Itulah ajaibnya kematian. Suatu yg pasti dan hampir tetapi sering dilupakan.



Semua manusia pasti mati. Anehnya majoriti manusia merasakan yg akan mati ialah orang lain. Ya, rata-rata kita seolah-olah menjadi "pembuat" dan "pembeli" keranda, bukan "pemakainya".

Kelajuan kereta tanpa disedari menjadi semakin perlahan. Hati pula yg berdegup laju. Teka-teki oleh ustaz itu mengingatkan saya pada teguran yg pernah saya terima lama dahulu.


"Praktikal betul apa yg saudara katakan tadi," kata seorang peserta yg sama-sama mengikuti sesi perbincangan visi & misi hidup.
"Yg mana satu?" tanya saya minta perincian.
"Tentang kestabilan 6 lapangan dalam hidup itu."


6 Lapangan yg dimaksudkan ialah: Kerohanian, Ilmu, Kesihatan, Kewangan, Keluarga & Kerjaya. Itulah lapangan yg harus dirancangkan, diusahakan dan dijaga agar kestabilan hidup terjamin.



"Kita mesti merancang tahap kerohanian kita. Bagaimana iman kita, turun naiknya. Apakah amalan wajib & sunat yg perlu dilaksanakan secara istiqamah agar indeks kerohanian kita meningkat dari masa ke semasa."

"....Begitu juga dengan tahap ilmu. Bagaimana menambah ilmu agama, kemahiran keibubapaan, pengurusan kewangan dan lain-lain bidang yg diperlukan untuk mengurus diri, keluarga & kerjaya."

Begitu lah antara isi bengkel perbincangan pengurusan hidup.
"Tetapi saya ingin tanyakan sesuatu," ujar peserta itu dengan serius.
Melihat keseriusannya, saya merapatkan jarak antaranya dengan saya.

"Itu perancangan hidup, bagaimana perancangan mati?"
Saya terkejut besar. Soalan "di luar lingkungan" hasil pemikiran luar kotak tidak dijangkakan sama sekali.
"Maksud awak tentang Takaful, wasiat, fara aid dan hibah?"

"Itu lebih fokus untuk yg ditinggalkan oleh simati. Tetapi ini untuk simati sendiri. Bagaimana?"

Pada tahap itu saya sudah menyedari hakikatnya peserta ini bukan sembarangan orang. Saya yg sepatutnya belajar dengannya, bukan sebaliknya.
"Maksud tuan?" saya mula mengambil posisi sebagai murid.


"Perancangan untuk hidup perlu. Tetapi perancangan untuk mati lebih perlu. Sebab kematian bukanlah satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada hidup yg tidak mati-mati lagi."


Sah. Dia bukan calang-calang orang. Saya bertambah kagum justeru sepanjang sesi perbincangan tadi, dia banyak berdiam dan merenung. Sekali sekala dia bertanya dengan sopan dan cermat. Benarlah, tin yg berisi tidak berbunyi.

"Elok juga kalau kita kaitkan perancangan untuk hidup dengan perancangan untuk mati," cadang saya perlahan.
"Itu sebenarnya. Sebab persediaan hidup disana perlu dibuat di sini. Jangan memikirkan jangka panjang yg pendek, tetapi fikirkan juga jangka panjang yg panjang."


Sahih. Kebanyakan buku-buku tentang perancangan hidup berkisar tentang keperluan, kemudahan & keselesaan hidup sebelum mati saja. Jarang-jarang menyentuh tentang kehidupan selepas mati.


"Bagaimana mengaitkan kedua-duanya?" tanya saya lebih teruja.

"Rancang semuanya atas niat untuk taat kepada Allah. Susun segalanya berdasarkan prinsip syariat. Jangan melanggar batas-batas akhlak. InsyaAllah, segala-galanya jadi ibadah."
"Apabila semua jadi ibadah, itulah juga amalan taqwa. Taqwa itu kan bekalan menuju akhirat?" sambungnya lagi.


Saya mengangguk-anggukkan kepala. Akur. Diam-diam saya mendapat input sebagai "nilai tambah" dalam sesi latihan yang akan dikendalikan pada masa akan datang.

"Selain itu, adakah persediaan yg lebih khusus?"


"Rancang untuk mampu menjawab soalan di alam barzakh. Rancang untuk mampu jawab soalan di alam Mahsyar. Semua soalan-soalan itu dah "bocor" sekarang ni", ujarnya bersahaja.


Soalan bocor? Ya, tak ya juga. Soalan malaikat di alam kubur sudah "dibocorkan" oleh hadis Rasulullah saw. Begitu juga dengan 4 soalan teras di Mahsyar.

Begitulah "lamunan" panjang bahana tazkirah dan tausiah daripada ustaz melalui siaran radio tadi. Tentu dia bercakap dari hati. Soalnya sangat mencarik kealpaan dan menggamit kesedaran.

"Ayah, kalau begitu, kita boleh siap-siap hafallah soalan-soalan bocor tu?" tiba-tiba suara anak remaja saya menerjah ingatan. Soalan yg dilontarkannya secara spontan selepas tazkirah ringkas kami seusai solat Maghrib dua minggu lalu.

Dalam tazkirah santai itu, saya mengambil kesempatan menerangkan beberapa soalan bocor dalam peperiksaan di akhirat nanti kepada anak-anak.

"Kita menjawabnya bukan dengan fikiran & lidah lagi pada hari itu. Orang yg bijak & petah sekalipun akan menjadi dungu & bisu...."
"Susahlah macam tu," keluh anak yg bertanya.
"Kecuali orang beramal. Waktu itu amal kita di dunia yg akan menjadi saksi & pembela kita."

"Jadi persediaan kita bukan dengan menghafal ya?"
"Hafal juga. Itu ilmu. Tetapi yg penting amalan kita. Rancanglah apa yg perlu kita buat dengan ilmu yg sudah ada. Kemudian terus amalkan!"


"Kenapa soalan bocor macam ni orang tak minat?" tanyanya lagi.

Saya masih ingat betapa beberapa tahun yg lepas di sekolah berhampiran tentang soalan UPSR yg kononnya "bocor". Berebut-rebut pelajar (bahkan ibu bapa) sekali memburunya. Alangkah bagusnya kalau dapat menjawab soalan bocor di luar dewan peperiksaan.
Panggilan telefon di rumah kami tidak henti-henti. Kecoh betul. Agaknya perbandingan ini yg bermain dalam fikiran anak saya.



"Nanti lah, belajar tak boleh banyak-banyak."
Begitu lah selalunya saya "mematikan" sesi tazkirah untuk "menghidupkan" keinginan ingin-tahunya bagi mengikut sesi tazkirah yg akan datang.

Ah, lega. Semuanya bagaikan telah terungkai dalam fikiran. Pemanduan menjadi normal semula. Saya akan ajukan teka-teki yg saya dengar tadi kepada anak-anak nanti. Kalau ditanyakan kenapa orang tidak minat dengan soalan bocor akhirat di dunia ini, saya akan jelaskan, kerana ramai yg ingin menjadi "pembuat" dan "pembeli" keranda (walaupun tidak semua berkesempatan demikian).

Ironinya, walaupun semua "berkesempatan" menjadi "pemakai" keranda, tetapi seolah-olah tidak mengingininya.
Hidup di dunia bagaikan satu "dewan peperiksaan". Seluruh agenda hidup ini hakikatnya "jawapan" yg kita berikan kepada soalan-soalan di alam kubur & di Mahsyar nanti.


Keputusannya akan kita ketahui di sana. Ya, kubur kita boleh jadi mukaddimah taman-taman syurga. Boleh jadi juga jurang-jurang neraka. Nauzubillah. Rancanglah kehidupan dengan kesedaran bahawa kita adalah "pemakai" keranda---merancang mati untuk hidup!