Assalamualaikum wbt.
Cuti sekolah datang setiap tahun. Anak-anak sekolah seronok bercuti.
Ibu bapa sibuk merancang dan menetapkan tarikh perkahwinan anak-anak mereka.
Pastinya belanja pengurusan dengan kos barangan yang semakin meningkat memeningkan kepala ibu bapa yang kurang mampu. Walaupun majlis yang dirancang agak sederhana tapi paling tidak mesti ada buah tangan untuk tetamu yang datang. Biasanya bunga telor dijadikan buah tangan atau digantikan dengan kuih atau kek yang disi dalam bekas atau beg kecil yang comel. Kalau majlis yang besar pula pastinya buah tangan juga besar ! Ada kelas gitu !
Soalan saya ~ apakah yang anda buat dengan bekas bunga telor atau buah tangan tu? Buang? Simpan? Atau biar anak-anak buat mainan. Membazirkan ? Kalau 1 majlis sehari, paling kurang 3-5 majlis seminggu. Pasti dapat 3-5 bekas bunga telor/buah tangan seminggu. Kalau sebulan? Setahun? Banyak tu !
Jangan di buang ! Bantu kami untuk bantu anda beramal jariah! Kumpulkan dan hantar kepada kami. Tiada had. Kami akan jual semula dan hasilnya akan kami salurkan ke rumah kebajikan, sekolah tahfiz, rumah anak-anak yatim, masjid/surau atau individu yang sangat memerlukan sumbangan.
Ayuh...kita jihad bersama ! Elakkan pembaziran !
Semoga usaha kami dan bantuan anda mendapat redha Allah....amin.
Terima kasih.
Maklumat lanjut atau untuk penghantaran hubungi:
Puan SITI
013-305 6632.
No comments:
Post a Comment