Merancang Mati untuk Hidup
by Eva Md Salleh on Saturday, January 1, 2011 at 11:17pm
Bismillah. Today wishes of happiness, good fortune, blessings rang throughout the air everywhere from the strike of midnight. To Malaysians the winning of the coveted Suzuki Cup just made the New Year celebrations even sweeter and more memorable. My boys were totally oblivious to the fireworks nor countdown.... . And so was I...I was already content in slumber by 11pm. Today my family attended 2 weddings which looked "auspicious" on the invitation card ....1-1-11. [I can imagine 11th January, 1st November & 11th November will be equally popular as well....and surely the hotels and any Chinese restaurant or Dewan Orangramai's can charge a higher fee for the much-sought-after dates.]
However, in the merry-making happening in Malaysia (and the rest of the world), the news of the death of a 32-year old actor sort of tainted the merry-making. Not really that famous but nonetheless, I recalled his acting skills on the few dramas he's appeared in after news about his death was flashed on National TV news. Total disbelief. Heart failure? For one who was active in sports? Known to be a funny & fun-loving person? But alas....Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun. It was his time to return to his Creator. Al-Fatihah.
When I saw the excessive celebration all around the world capitals, fireworks (which costs millions of dollars that could probably feed an entire African country for a month), toot-tooting, blaring, drinking, dancing, and maybe a whole longer list of 'un-healthy' hedonistic so-called fun-stuff, I just thought of the lessons, reminder, or maybe little 'warning' Al-Mumiit is giving us and will give us soon....(not that I'm hoping bad things will happen to us...nauzubillah).
This short story about death in life (also from Ust Pahrol in Nota Seorang Lelaki) shares simple tips on planning death to live. How to live the permanent l-i-f-e in the hereafter.
@>---@>---@>---@>---@>---@>---@>---@>---@>---@>---@>---
"Cuba teka apakah bendanya..." suara ustaz dalam siaran radio itu jelas kedengaran. Sejak tadi hati & fikiran saya tertumpu pada buah bicaranya. Mudah, lunak dan menyentuh.
"Orang yang buat tak mau pakai. Orang yang beli pun tak mau pakai. Tetapi orang yg pakai, tak sedar dia memakainya," sambung ustaz itu tenang.
Walaupun tangan saya ligat memutar stereng, tetapi kepala juga "ligat" berfikir mencari jawapan kepada teka-teki yang diajukan oleh ustaz tersebut. Secara automatik, saya membesarkan "volume" radio di kereta. Puas saya fikirkan, tapi belum ada jawapan.
"Ha, mudah saja. Keranda!"
Begitu jawapan ustaz tersebut setelah beberapa lama dia memberi masa untuk pendengar mencari jawapannya. Saya terdiam.
"Pembuat keranda tidak mau memakainya. Begitu juga yg membelinya. Manakala si mati tidak sedar yg dia telah memakainya."Saya termenung. Itulah ajaibnya kematian. Suatu yg pasti dan hampir tetapi sering dilupakan.
Semua manusia pasti mati. Anehnya majoriti manusia merasakan yg akan mati ialah orang lain. Ya, rata-rata kita seolah-olah menjadi "pembuat" dan "pembeli" keranda, bukan "pemakainya".
Kelajuan kereta tanpa disedari menjadi semakin perlahan. Hati pula yg berdegup laju. Teka-teki oleh ustaz itu mengingatkan saya pada teguran yg pernah saya terima lama dahulu.
"Praktikal betul apa yg saudara katakan tadi," kata seorang peserta yg sama-sama mengikuti sesi perbincangan visi & misi hidup.
"Yg mana satu?" tanya saya minta perincian.
"Tentang kestabilan 6 lapangan dalam hidup itu."
6 Lapangan yg dimaksudkan ialah: Kerohanian, Ilmu, Kesihatan, Kewangan, Keluarga & Kerjaya. Itulah lapangan yg harus dirancangkan, diusahakan dan dijaga agar kestabilan hidup terjamin.
"Kita mesti merancang tahap kerohanian kita. Bagaimana iman kita, turun naiknya. Apakah amalan wajib & sunat yg perlu dilaksanakan secara istiqamah agar indeks kerohanian kita meningkat dari masa ke semasa."
"....Begitu juga dengan tahap ilmu. Bagaimana menambah ilmu agama, kemahiran keibubapaan, pengurusan kewangan dan lain-lain bidang yg diperlukan untuk mengurus diri, keluarga & kerjaya."
Begitu lah antara isi bengkel perbincangan pengurusan hidup.
"Tetapi saya ingin tanyakan sesuatu," ujar peserta itu dengan serius.
Melihat keseriusannya, saya merapatkan jarak antaranya dengan saya.
"Itu perancangan hidup, bagaimana perancangan mati?"
Saya terkejut besar. Soalan "di luar lingkungan" hasil pemikiran luar kotak tidak dijangkakan sama sekali.
"Maksud awak tentang Takaful, wasiat, fara aid dan hibah?"
"Itu lebih fokus untuk yg ditinggalkan oleh simati. Tetapi ini untuk simati sendiri. Bagaimana?"
Pada tahap itu saya sudah menyedari hakikatnya peserta ini bukan sembarangan orang. Saya yg sepatutnya belajar dengannya, bukan sebaliknya.
"Maksud tuan?" saya mula mengambil posisi sebagai murid.
"Perancangan untuk hidup perlu. Tetapi perancangan untuk mati lebih perlu. Sebab kematian bukanlah satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada hidup yg tidak mati-mati lagi."
Sah. Dia bukan calang-calang orang. Saya bertambah kagum justeru sepanjang sesi perbincangan tadi, dia banyak berdiam dan merenung. Sekali sekala dia bertanya dengan sopan dan cermat. Benarlah, tin yg berisi tidak berbunyi.
"Elok juga kalau kita kaitkan perancangan untuk hidup dengan perancangan untuk mati," cadang saya perlahan.
"Itu sebenarnya. Sebab persediaan hidup disana perlu dibuat di sini. Jangan memikirkan jangka panjang yg pendek, tetapi fikirkan juga jangka panjang yg panjang."
Sahih. Kebanyakan buku-buku tentang perancangan hidup berkisar tentang keperluan, kemudahan & keselesaan hidup sebelum mati saja. Jarang-jarang menyentuh tentang kehidupan selepas mati.
"Bagaimana mengaitkan kedua-duanya?" tanya saya lebih teruja.
"Rancang semuanya atas niat untuk taat kepada Allah. Susun segalanya berdasarkan prinsip syariat. Jangan melanggar batas-batas akhlak. InsyaAllah, segala-galanya jadi ibadah."
"Apabila semua jadi ibadah, itulah juga amalan taqwa. Taqwa itu kan bekalan menuju akhirat?" sambungnya lagi.
Saya mengangguk-anggukkan kepala. Akur. Diam-diam saya mendapat input sebagai "nilai tambah" dalam sesi latihan yang akan dikendalikan pada masa akan datang.
"Selain itu, adakah persediaan yg lebih khusus?"
"Rancang untuk mampu menjawab soalan di alam barzakh. Rancang untuk mampu jawab soalan di alam Mahsyar. Semua soalan-soalan itu dah "bocor" sekarang ni", ujarnya bersahaja.
Soalan bocor? Ya, tak ya juga. Soalan malaikat di alam kubur sudah "dibocorkan" oleh hadis Rasulullah saw. Begitu juga dengan 4 soalan teras di Mahsyar.
Begitulah "lamunan" panjang bahana tazkirah dan tausiah daripada ustaz melalui siaran radio tadi. Tentu dia bercakap dari hati. Soalnya sangat mencarik kealpaan dan menggamit kesedaran.
"Ayah, kalau begitu, kita boleh siap-siap hafallah soalan-soalan bocor tu?" tiba-tiba suara anak remaja saya menerjah ingatan. Soalan yg dilontarkannya secara spontan selepas tazkirah ringkas kami seusai solat Maghrib dua minggu lalu.
Dalam tazkirah santai itu, saya mengambil kesempatan menerangkan beberapa soalan bocor dalam peperiksaan di akhirat nanti kepada anak-anak.
"Kita menjawabnya bukan dengan fikiran & lidah lagi pada hari itu. Orang yg bijak & petah sekalipun akan menjadi dungu & bisu...."
"Susahlah macam tu," keluh anak yg bertanya.
"Kecuali orang beramal. Waktu itu amal kita di dunia yg akan menjadi saksi & pembela kita."
"Jadi persediaan kita bukan dengan menghafal ya?"
"Hafal juga. Itu ilmu. Tetapi yg penting amalan kita. Rancanglah apa yg perlu kita buat dengan ilmu yg sudah ada. Kemudian terus amalkan!"
"Kenapa soalan bocor macam ni orang tak minat?" tanyanya lagi.
Saya masih ingat betapa beberapa tahun yg lepas di sekolah berhampiran tentang soalan UPSR yg kononnya "bocor". Berebut-rebut pelajar (bahkan ibu bapa) sekali memburunya. Alangkah bagusnya kalau dapat menjawab soalan bocor di luar dewan peperiksaan.
Panggilan telefon di rumah kami tidak henti-henti. Kecoh betul. Agaknya perbandingan ini yg bermain dalam fikiran anak saya.
"Nanti lah, belajar tak boleh banyak-banyak."
Begitu lah selalunya saya "mematikan" sesi tazkirah untuk "menghidupkan" keinginan ingin-tahunya bagi mengikut sesi tazkirah yg akan datang.
Ah, lega. Semuanya bagaikan telah terungkai dalam fikiran. Pemanduan menjadi normal semula. Saya akan ajukan teka-teki yg saya dengar tadi kepada anak-anak nanti. Kalau ditanyakan kenapa orang tidak minat dengan soalan bocor akhirat di dunia ini, saya akan jelaskan, kerana ramai yg ingin menjadi "pembuat" dan "pembeli" keranda (walaupun tidak semua berkesempatan demikian).
Ironinya, walaupun semua "berkesempatan" menjadi "pemakai" keranda, tetapi seolah-olah tidak mengingininya.
Hidup di dunia bagaikan satu "dewan peperiksaan". Seluruh agenda hidup ini hakikatnya "jawapan" yg kita berikan kepada soalan-soalan di alam kubur & di Mahsyar nanti.
Keputusannya akan kita ketahui di sana. Ya, kubur kita boleh jadi mukaddimah taman-taman syurga. Boleh jadi juga jurang-jurang neraka. Nauzubillah. Rancanglah kehidupan dengan kesedaran bahawa kita adalah "pemakai" keranda---merancang mati untuk hidup!
No comments:
Post a Comment