Pages

Saturday, December 18, 2010

BERAPAKAH UMUR ANDA?

Apa jawapan anda bila ditanya ~ Berapakah umur anda? Rahsia? Terus beri jawapan?
Menarik bila seorang kenalan bernama Professor Dato’ Dr Ibrahim Ahmad Bajunid
tidak gemar pada soalan seperti ini.
Sebelum menjawab soalan ini beliau sempat 'berkhutbah' tentang kepentingan umur.
Beliau meluahkan rasa kecewa dengan kebanyakan orang Melayu yang menjadikan umur sebagai kayu pengukur kejayaan dalam hidup. Katanya, orang lelaki Melayu menjadikan umur pencen/bersara sebagai penamat kerjaya dan mula menyertai 'kelab surau' atau 'kelab golf' manakala golongan wanita Melayu pula menyertai 'kelab surau' atau 'kelab jaga cucu' sedangkan semua itu boleh dilakukan sewaktu kita masih bekerja. Tak perlu menunggu waktu pencen.
Jelasnya kita sepatutnya lebih maju bila kita pencen kerana usia kita lebih matang dan banyak sudah pengalaman yang kita perolehi.
Katanya para petani, nelayan dan buruh yang tidak ada usia pencen mereka bekerja hingga akhir hayat.
Katanya lagi, kakitangan kerajaan yang banyak mengalami fenomena ini. Apabila telah pencen mereka biasanya tidak produktif dan mengakhiri hayat mereka dengan pelbagai penyakit. Sebab itu katanya beliau belum lagi berhenti kerja walaupun beliau telah lama pencen atau bersara.
Nak tahu berapa umur beliau? Jawapnya ~ "Saya dah pencen 12 tahun" .
Jadi saya pun mencongak. Umur beliau sudah 67 tahun.
MasyaAllah...beliau kelihatan amat sihat dan masih muda !
Lebih muda dari seseorang yang baru pencen atau yang seusia dengannya.
Itulah hikmah menghargai usia ! Jangan sia-siakan usia kita. Jangan jadikan usia sebagai penghalang untuk mencapai cita-cita duniawi maupun ukhrawi kita. Usia bukan penamat masa bekerja.Sebab itulah Rasullullah pernah berpesan supaya ~ bekerjalah kita seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan beribadahlah kita seolah-olah kita akan mati esoknya.
Kerja itu adalah ibadah!
Pertemuan singkat di majlis perkahwinan anak saudara beliau menjadi medan ilmu bagi saya.
Terima kasih Prof atas nasihat dan mutiara hikmah itu.

Professor Dato’ Dr Ibrahim Ahmad Bajunid













Solusi Isu 24 yang membincangkan isu Usia.
Boleh dapatkan dari saya. Hubungi 013-305 6632.


1 comment: