Assalamualaikum wbt.
Subhanallah....sudah sekian lama tidak berkesempatan menjengok daerah ini...cepatnya masa berlalu..ampun maaf dipinta kepada followers...bukan lupa tapi alpa dengan kesibukan duniawi mendidik anak bangsa dipenghujung hari penuh dengan dugaan dan cabaran semasa.
Alhamdulillah...dikesempatan ini saya ingin berkongsi aktiviti terkini saya memulakan biz online berkongsi tudung bawal cantik bersyariat di page FB : MY Tudung Online. Hasrat berkongsi ilmu dan biz mengikut zaman IT. Mudah-mudahan mendapat restu Ilahi dan restu sahabat handai rakan taulan semua.
InsyaAllah...saya akan berkongsi lebih lanjut lagi dikesempatan akan datang.
Mohon lawati fan page FB: MY Tudung Online dan 'LIKE' dengan komen-komen yang membina.
Terima kasih.
Saturday, March 2, 2013
Wednesday, April 20, 2011
KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD
SOLAT TAHAJUD - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.
TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untukmemungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain. Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.

Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning. Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )
IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.
Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.
Wallahu'alam.Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.
ETIKA NIAT
Salah satu harapan besar bagi seorang Muslim adalah agar amalannya diterima oleh Allah SWT. Menjadi satu kerugian apabila Allah SWT tidak berkenan dan menerima akan amalannya, sehingga pelakunya tidak boleh menikmati syurga. Sebuah ungkapan ada menyatakan, "Setiap hamba diberi kekuatan untuk beribadah, tapi tidak semua ibadah itu diberi 'kekuatan' untuk diterima oleh Allah SWT" Salah satu kunci diterimanya segala amalan itu adalah dengan niat yang benar dan ikhlas.
Penentu nilai dan kualiti ibadah
Memahami bahawa niat adalah penentu nilai dan kualiti ibadah di sisi Allah SWT. Ia pembeza antara ibadah dan kebiasaan (tradisi), bahkan merupakan pembeza antara satu ibadah dengan ibadah lainnya. Imam Ibnu Rajab al-Hambali menjelaskan, "Salah satu makna niat adalah 'tamyiz', pembeza antara satu ibadah dengan ibadah lainnya." (Jami'al-Ulum wa al-Hikam)
Hanya untuk mendapatkan reda Allah SWT
Sentiasa berniat hanya untuk mendapatkan reda Allah SWT dan tidak mempersembahkannya untuk selain-Nya. Dalam kitab Al Waabil al Shayyibu min al-kalam at Tayyibi, Imam lbnul Qayyim ada menyatakan, "Amalan seorang hamba akan dipaparkan di hadapan Allah SWT sehingga Dia mendapati niat hamba tersebut hanya untuk-Nya. Jika demikian, Dia meredai amalannya dan menerimanya."
Keinginan Kuat untuk Melaksanakan
Niat yang baik akan mendapatkan satu pahala. Namun, sekadar berniat sahaja tidaklah cukup, tetapi ia perlu disertai dengan keinginan yang kuat untuk mewujudkan niat tersebut. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Barang siapa yang berniat melakukan sebuah kebaikan namun tidak merealisasikannya, maka baginya satu pahala, dan jika diwujudkan maka dia akan mendapatkan sepuluh hingga tujuh ratus kali lipat pahala, bahkan gandaan yang tidak terhingga." (Muttafaq 'alaih)
Tidak Meremehkan Niat yang Buruk
Niat yang buruk akan mendatangkan dosa kepada pemiliknya. Rasulullah s.a.w bersabda, "...membunuh dan yang dibunuh akan masuk neraka." Para sahabat bertanya, "Kami fahami untuk yang membunuh,
lalu mengapa pula yang dibunuh juga masuk neraka?" Nabi s.a.w menjawab, "Kerana dia sangat ingin (berniat) membunuh saudaranya itu." (Muttafaq a'alaih)
Ikhlas dan Berterusan
Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kekuatan untuk mendapat ikhlas dalam niatnya dan berterusan menjaga keikhlasan itu. Dalam Sahih Tirmidzi diriwayatkan, "Doa yang paling kerap dipanjatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah: 'Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami dalam agamamu." Ini kerana, hati setiap manusia itu berada di hujung 'jari' Allah SWT yang mudah diputar balik oleh Nya (Mushannaf ibnu Abi Syaibah).
Beristighfar apabila Riak
Segera beristighfar sekiranya niat anda itu punyai unsur riak atau bukan kerana Allah SWT. Hal ini perlu dihindari kerana ia akan melahirkan amalan-amalan yang sia-sia belaka, Umar bin Khathab meriwayatkan dari Nabi s.a.w, ".... Barang siapa yang berhijrah kerana tujuan dunia atau untuk mendapatkan wanita idamannya, maka nilai penghijrahannya itu bergantung dari niatnya." (Muttafaq'alaih).
Dalam kitab Fathul Qawiy al-Matin diisyaratkan bahawa Allah SWT sangat merendahkan amalan yang diniatkan bukan untuk-Nya.
Memberi Contoh
Apabila perbuatannya itu perlu dilakukan di hadapan orang lain, maka berniatlah, ia hanya bertujuan untuk memberi contoh kebaikan agar diikuti oleh orang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barang siapa yang memberi contoh kebaikan, lalu diikuti oleh orang lain, maka baginya pahala dan tambahan sebesar pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala orang yang menglkutinya."
Wallahu a'lam.
Ihsan : Gwiyeoun Oli
Group Tadarus Al-Qur'an - Harian FB

Friday, April 15, 2011
Kesalahan membaca alfatihah
Check out this SlideShare Presentation:
Kesalahan membaca alfatihah
View more documents from sudin jaffar.
Saturday, April 2, 2011
Wasiat Nabi Untuk Wanita
Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , “Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini.”
Intisari wasiat Rasulullah s.a.w. tersebut dirumuskan seperti berikut. Hai Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagaian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu:
Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapai kesakitan (kesusahan). Apabila dibalakan, mereka tidak bersabar.
Tidak memuji Allah s.w.t. di atas kemurahan Nya (mensyukuri nikmat), atau dalam erti kata lain mengkufuri nikmat.
Membanyakkan kata-kata yang sia-sia. Wahai Aisyah, ketahuilah bahawa:
1.Wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala akan amalannya.
2.Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya 70 hasta dan dibelitkan di tengkuknya.
3.Isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhya pada hari kiamat.
4.Isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya (yang halal/harus) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhianati suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.
5.Wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya.
6.Wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari sesiapa pun.
7.Wanita yang berzina akan diderakan dia di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat dan tiap-tiap perbuatan zina dengan 80 cemeti daripada api.
8.Isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.
9.Isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.
10.Wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah s.w.t.)
Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Insyaallah..
Sumber: Group Tadarus Al-Qur'an dalam FB
Oleh: Gwiyeoun Oli

Beli online www.stormreaders.net/rakanusrahstorms atau call/sms Puan SITI 013-305 6632 |
Subscribe to:
Posts (Atom)